Sunday 7 August 2011

Lembah Cinta – Siri Pertama

Tubuh kurus dan rajin bekerja membuatku teringat kepada Mak Ulia yang tinggal di sebuah keluarga bahagia di Bandung. Di keluarga ini ada Mak Ulia , Ibu Puteri, Sri, Suci, Parman, dan Shinta.

Semuanya bukan nama sebenar. Aku tidak mementingkan nama, cuma ingin kemukakan karektor mereka sebagai pelakon dalam ceritaku ini. Agar apa yang mereka lakukan menjadi suri tauladan.

Tiap pagi di tahun-tahun 70an cuaca Bandung sungguh dingin mengigit persendian. Pagi-pagi Mak Ulia sudah bangun menyiapkan air panas mandian Ibu Puteri yang sudah mula dimamah usia. Jalannya perlahan menghindari lantai licin yang menunggu mangsa. Kadang-kadang senyumannya menampakkan barisan gigi yang semakin berkurangan.

Apabila solat subuh usai dikerjakan, kelihatan si kecil Sri dikepong Mak Ulia untuk dimandikan kerana akan segera ke sekolah. Sri masih di sekolah rendah ketika itu dan menjadi tumpuan keluarga kerana kecilnya dan juga kelucuannya. Suci, gadis remaja cantik sudah siap untuk bersama Sri ke sekolah.


Suci akan menghantar Sri dulu ke sekolah rendahnya, kemudian baru Suci ke Sekolah Menengah Pertama (SPM). Suci mengambil jurusan kejuruan rumah tangga. Kebetulan sekolah Sri dan sekolah Suci searah, dan sekolah Suci lebih jauh sedikit. Pulangnya Sri dijemput Ibu Puteri kerana Suci usai kelasnya agak lambat.

Parman dan Shinta bersaudara dan masing-masing sudah pintar urus diri. Parman ke kampus menaiki motorsikal, sementara Shinta menggunakan beca.

Anehnya semua penghuni rumah bertuah itu hanya bersaudara. Ibu Puteri ialah Ibu tiri kepada Parman dan Shinta, Suci dan Sri ponakan (anak saudara) Ibu Puteri dan Mak U juga saudara jauh Ibu Puteri. Mereka hidup bahagia, saling bekerjasama dan rukun dalam hidupnya.

Oleh kerana Ibu Puteri tidak punya anak, maka Sri, Suci, Parman dan Shinta menjadi anak-anaknya, Mak Ulia pula menjadi ibunya. Kasian Ibu Puteri kerana setiap kali mengandung dia keguguran, ada seoarng saja anaknya yang sempat hidup hingga remaja. Kemudian kembali ke pangkuan Illahi akibat leukemia. Suaminya pula kembali ke rahmatullah akibat kanser beberapa tahun berikutnya.

Tinggallah Ibu Puteri merawat laranya sambil membesarkan Sri, mendidik Suci, mengemong Parman dan Shinta. Beliau dibantu Mak Ulia membereskan kerja harian.

***** ikuti siri berikutnya *****